~luv me~

~luv me~

Wednesday, July 20, 2011

nothing..


pernah x anda dengar ungkapan "what comes around goes around"??
sy rasa semestinya pernah kan. dalam erti kata len apa yang kita lalui akan dilalui juga. tidak kira sama ada kita suka atau tidak suka. apa yang kita miliki untuk hari ini tidak semestinya kita akan miliki untuk masa akan datang kan? apa yang kita dapat semalam belum tentu kita masih ada untuk hari ini kan.? bukankah begitu kehidupan seharian kita selama ini.?
kejayaan yang kita dapat pada hari ini belum tentu kita akan genggam untuk masa akan datang duhai diri. oleh itu jangan engkau berlagak duhai diri. jangan engkau merasakan bahawa dirimu sudah cuup untuk belajar. sedangkan pembelajaran masih perlu diteruskan. kadangkala aku terjatuh dan adakalanya aku terduduk. kepayahan ini membuatkan aku sukar untuk bangkit kembali. payah untuk aku gagahkan kaki untuk berdiri tegak semula.
sampaikan adakalanya aku terfikir bahawa adakah Allah tidak menyayangi aku. adakah Allah tidak mendengar keluhan aku selama ini. adakah Allah sudah berpaling dari aku. dan ketika aku memikirkan itu semua aku kembali istighfar kerana aku tahu itu semua hasutan iblis yang hanya mahukan aku berfikiran negetif terhadap Pencipta Alam ini.

~if you feel lonely or no one stay beside you..dun worry coz Allah always stay besides you..no matter where are you no matter who are you and no matter what are you doing..juz stay close to HIM and yet you feel HIM..~

2 comments:

wardah syuhada' said...

moga Allah mudahkan dan beri kekuatan padamu ukhti.. :)

salam ziarah salam ukhwah..

Shinichi said...

trima ksih wahai wardah syuhada'.. semoga Allah juga mmbri kemudhn kpd ukhti jgk..