~luv me~

~luv me~

Thursday, July 8, 2010

renungan...

Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH

menjalin agung sebuah cinta

memanfaatkan hartanya fisabilillah

aku ingin sezuhud FATIMAH

akur tanpa jelak setiap perintah

aku ingin mengagumi dan mahukan

gedung ilmu SITI AISHAH

aku ingin menyelami ketabahan

SITI HAJAR

menggendong puteranya yang masih merah

di tanah padang pasir yang merekah

bukannya aku ingin menjadi wanita penggoda

fitrah daripada sejarah SITI ZULAIKHA.



Pun jiwaku ingin sekudus RABIATUL ADAWIYAH

tenggelam asyik dalam kenikmatan ubudiyah

biar tersingkap segala hijab

dua cinta tidak akan bersatu dalam satu hati

Lantas ku serah cinta ini

untuk yang maha mengasihi

pasrahku pada mennah perjuangan

bagai cekalnya hati ZAINAB AL-GHAZALI,

terluka,terseksa,terpenjara,terkurung

jasadnya di celahan jeriji kaku

teguh istiqamah menjunjung aqidah,dakwah

demi Islam bukannya menyerah galang-gantinya..



Atau setidaknya aku mengimpikan

hidup semulia MARYAM JAMEELAH

berteman pena menongkoh arus kepayahan

ruh jihad ini perlu disemarakkan

dan biarlah aku yang menyemarakkannya

redhalah aku...redhalah aku

redhalah aku menjadi sayap kiri

perjuangan

kan ku teguh menatang serikandi ummah

hanya kerana Islam merindui

kemunculan peribadi

mukminah,muslimah,mujahadah

yang rela mati dalam keunggulan iman,

terpanggung gayah bagai harumnya pusara

MASYITAH...

No comments: