~luv me~

~luv me~

Wednesday, August 10, 2011

Saturday, August 6, 2011

setakat ikhlas, jujur, i love u mne cukup.....

Dah setia, dah jujur, dah sehabis ikhlas cintakan dia. Dah cuba untuk jadi sesempurna yang boleh untuk si dia. Kita rasa dah 100% complete semua. Tapi untuk maintainkan hubungan tu sampai putus nafas, cukup ke semua tu?

Hurmm kalau dari pengalaman aku, ada lagi 2 kriteria penting untuk maintainkan hubungan tu.. Yang mana aku tengok kapel2 sekarang memang abaikan faktor tu. Faktor pertama - DUIT.

Mesti ada yang fikir macam ni :

'Eh guwa takde sen tapi guwa happy je dengan awek guwa? Apa cite?'
'apa? takde duit tak boleh bahagia ke?'
'Duit bukan segala-galanya la!!'

Bagi sesetengah kapel ni yang penting ayat power, jujur, ikhlas, sehari ucap i love u 50 kali dah cukup. Dan biasanya ni terjadi kat budak sekolah. Kebiasaanyalah.. Tapi yang dah resign jadi budak sekolah pun sometimes termasuk sekali. Hahah. Masa awal perhubungan memanglah ok je tapi lepas 1 tempoh, mesti hubungan tu bermasalah.

Contohnya bila takde duit macam mana nak sms, call? Nanti bila tak kontek, mulalah sebelah pihak syak bukan-bukan. Timbul segala macam persepsi. Ragu-ragu. Bila dah tak boleh kawal perasaan tu, faham-fahamlah kan apa akan jadi. Sama jugak bila nak dating dan etc.

Kedua - Common sense.

Common sense ni memerlukan seseorang tu berfikir logik dan sanggup ketepikan kehendak sendiri untuk si dia. Bukan sanggup berkorban ye. Sanggup berkorban bagi aku karut. Kalau dia suruh makan taik sebagai bukti kau cinta sama dia, kau akan makan tak? Hehe..

Common sense ni lebih kurang macam memahami. Contohnya kalau si dia nak hadiah untuk birthday dia, contohnya lah.. Bila kau kata takde duit adakah si dia akan merajuk atau kata "it's ok. Hadiah tu bila-bila u ada duit nanti u belikanlah ye" ? Sama jugak dengan korang.

Kalau takde common sense ni, memang sakitlah. Nanti asyik2 nak merajuk/gaduh je. Siapa tahan? Kita kalau boleh nak relationship tu sentiasa bahgia tapi kalau sentiasa ada masalah je dalam relationship tu, confirm salah sorang akan blah.

Seriously, kalau korang dengan pasangan takde 2 kriteria ni better janganlah letak harapan tinggi dengan relationship tu. Nanti kalau gagal, diri tu pulak merana. Risiko gagal memang sentiasa ada dalam relationship ni. Tapi kalau korang dengan pasangan ada 2 kriteria tu, atleast risiko gagal taklah besar. Ok? Fikirkan.

sejauh mne keikhlsan lelaki dlm brcinta...?

Sejauh mana keikhlasan lelaki dalam bercinta? - Soalan common dari pompuan. Biasanya soalan ni keluar bila timbul rasa ragu-ragu terhadap bf sendiri.. Macam mana boleh timbul ragu-ragu tu?

Sebab pertama, lelaki buat taik.. Aku harap korang faham istilah buat taik tu. Bukan pergi berak lepas tu ambik taik tu then main tepek2 kat muka atau buat istana ok? Hehe.. Ok back to tajuk. Kalau macam tulah bf korang, aku sarankan tinggalkan je. Kumbang banyak lagi maa..

Kedua - Ada lelaki ni, tak buat taik pun.. Pompuan je yang risau sangat sampai tak percaya bf sendiri. Mungkin sebab ada pengalaman dipermainkan buatkan pompuan terlalu berjaga2 sehinggga beliau bertindak sedemikian. Tapi kalau iye pun takut pisang berbuah dua kali, janganlah sampai tak percaya langsung.. Last2 nanti bf korang tensyen, dia kelentong jugak korang..

Habis macam mana.. I tak puas hatilah selagi tak tahu sejauh mana keikhlasan lelaki tu dalam bercinta..

Hurm ada 1 cara untuk detect sejauh mana keikhlasan lelaki ni dalam bercinta. Korang cuma perlu perhati tingkah laku diaorang. Yelah kalau sekadar tanya, semua boleh jawap "i ikhlas!" Kan? Senang-senang macam tu je.

Lelaki itu ikhlas bila :


1. Bila awek dia berleter dia cuma senyap membisu dan dengar sepenuh perhatian walaupun apa yang korang leterkan tu karut sama sekali.

2. Bila awek dia call pukul 2-3 pagi sebab nak mengadu masalah, dia bingkas bangun dari tidur semata-mata nak dengar luahan kau sedangkan baru je 1 jam dia terlena. Semata-mata nak pastikan hati korang lega.

3. Bila awek dia mintak itu mintak ini, dia masih boleh tersenyum sambil berkata "Ok sayang" sedangkan duit dalam dompet dia tinggal RM30 untuk buat stock beli maggi dan isi minyak motor.

4. Bila awek dia tak sehat, dia orang pertama yang tak tentu arah dan terus antar mesej atau call korang. Takde kredit dia sanggup redah hujan lebat berlari 1 kilometer cari public phone semata-mata untuk bertanya - "Sayang sayang.. Keadaan sayang macam mana?" dengan nada penuh kerisauan.

5. Bila awek dia berpaling arah kepada orang ketiga, dia tahu dia gagal bahagiakan korang. Bila jadi macam tu, dia sedaya upaya senyum dalam menangis dan sedaya upaya mengucapkan "tahniah awak" walaupun perit untuk diluahkan.