hakikat hati ini xsiapa tahu..
melainkan yg ESA...
kesedihan hati ini xsiapa pernah ingin menyelami...
melainkan aku berserah kepada Allah...
kekecewaan hati aku xsiapa peduli...
melainkan aku merintih sayu kepada yg ABADI...
duhai hati,tabahlah engkau kerana bukan setakat ini sahaja yg harus engkau berhenti..
duhai hati,jangan engkau mudah mengalah kerana Allah amat benci mukmin yg lemah...
duhai hati,engkau harus tegar dalam mengharungi kehidupan liku2 dalam dunia ini,
kerana di situ Allah akan lihat sejauh mana pergantungan kita terhadapNYA...
wahai hati janganlah engkau bersedih kerana Allah sentiasa ada bersama dgn kita,
kuatkan semangat,cekalkan jiwa,tabahkan hati agar suatu saat nnti engkau akan
mendapat kejayaan...
hati xsiapa pun tahu melainkan Allah,xsiapa pn yg mendengar bicara aku,
siapa pn berlembut melainkan aku sendiri,xsiapa yg peduli melainkan aku merawat
nya sendiri,xsiapa yg mungkin boleh memahami diri aku n juga hati aku melainkan aku
n jugak PENCIPTA aku sendiri...
so,jangan peduli apa orang kata..
jangan terasa apa yg orang cakap..
kerana semua itu perlu diambil untuk dijadikan semangat buat teruskan berjuang..
jika aku kecewa untuk masa ini,adakah aku harus menjadi lemah??????
apa semangat yg perlu aku ada,ya Allah???
ya Allah,aku memohon agar engkau berikan aku kesempatan untuk aku...
ya Allah,jangan biarkan aku hilang kepercayaan terhadap ENGKAU ya Allah tlg la ya Allah..
ya Allah berikanlah aku jalan..arah..petunjuk..cahaya..
semoga cabaran ini tidak membuat aku berputus harap drpd ENGKAU ya Allah...
sesungguhnya Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan dgn kesanggupan
seseorang itu sendiri....insyaallah..amin...
"Wheresoever you may be, death will overtake you even if you are in fortresses built up strong and high" (4:78)
~luv me~
Sunday, June 27, 2010
o zinnirah.....
Hadirmu bersama kuntum senyuman
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah
Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala
C/O :
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi
Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi
Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman
Zinnirah kau gadis pilihan
Hiasan dunia
Penyeri di firdausi
Kisah Zinnirah
Zinnirah menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah
Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.
Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.
Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.
“Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?” Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. “Inilah caranya supaya kamu insaf,” katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah…
Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta (ada juga sumber menceritakan dicucuk dengan besi panas). “Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.” Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.
Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.
sama2 lah kita mengambil iktibar....

Subscribe to:
Posts (Atom)