~luv me~

~luv me~

Saturday, April 3, 2010

Kegunaan harta tidak dimungkiri.Tetapi ingatlah yang lebih tinggi ialah cita-cita yang mulia.

Kekayaan menjahanamkan si bodoh,merosakkan si pandai.

Jauhilah tulah kebinasaan iaitu syirik,sihir,bunuh diri,makan riba,makan harta anak yatim,berpaling dari medan perang dan memfitnah wanita mukmin.

Harta benda itu menjadi fitnah kepada manusia.

Keinginan kepada harta tidak terbatas,padahal hidup sendiri terbatas.Kalau manusia tidak membataskan seleranya sampai matinya dia tidak merasa puas apa yang ada.

Hidup mewah merosak jiwa dan bangsa.Kemewahan menjadi bibit yang memundurkan jiwa.ukuran mewah atau belum mewah adalah ukuran kesihatan jiwa masyarakat berfikir.

Bakhil membawa celaka dan boros membawa sesal,bersikap dermawan sangat dianjurkan,tetapi bersikap dermawan tanpa perhitungan adalah kawan syaitan.

Jangan dibawa pendapat kepada yang lurus.Peliharakan semuanya itu dengan sungguh-sungguh.

Kekayaan harta benda,pangkat atau kedudukan tinggi tidak dapat menutupi kekerdilan jiwa atau tabiat yang tidak jujur.

Orang yang berhemat mengatur hartanya.Orang yang bakhil diatur oleh hartanya.

Harta benda yang baik untuk orang yang baik.

Antara gejala hawa nafsu manusia ialah sekali kemewahan itu mempengaruhi diri,orang yang berlaku curang.

Engkau dan harta bendamu adalah milik ayahmu.

Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan yang tidak benar amat panas dalam tangan,menyebabkan diri menjadi gelisah dan menghilangkan ketenteraman.

Tamak haloba akan harta benda menyebabkan orang mengumpulkannya untuk kekayaan diri dan golongan tertentu.Adakalanya untuk kemegahan atau kekuasaan walaupun dengan menghisap darah dan menindas orang yang lemah.

Ada 2 tabiat yang tumbuh dalam manusia kerana memiliki harta.Pertama tamak dan haloba,kedua bakhil.

Harta benda amat perlu.Insan muslim hendaklah kaya supaya dapat membayar zakat dan naik haji.Sedang zakat dan haji adalah dua daripada lima rukun Islam.

Harta yang diberikan Allah bukan semata-mata berupa benda.Fikiran yang cerdas,akal yang lanjut,ilmu pengetahuan yang banyak dan sebagainya adalah rezeki pemberian Allah.

Kekayaan ialah nikmat Allah.seharusnya kekayaan itu kita belanjakan menurut jalan yang digariskan Allah.

Bertambah tinggi darjat iman,bertambahlah manusia tidak memandang mahal hartanya lagi.Yang mahal baginya ialah hubungan silaturrahim sesama manusia dan ibadat kepada Tuhan.

Kekayaan yang paling tinggi yang diberikan oleh Allah kepada hambanya ialah kekayaan nikmat.

Lebih baik menerima nama baik daripada harta.

Kekayaan yang istimewa dan utama dalam kehidupan ini ialah banyaknya hubungan antara diri dengan masyarakat dan banyak mendapat pertemuan umum.

Harta benda akan menjadi sengketa kalau rahmat Allah tertahan.harta yang sedikit boleh menjadi rahmat kalau pandai menggunakannya.

Sebaik-baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.

~sahabat~

Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.

Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.

Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.

Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.

Tiadalah yang menyentuhkan aku ke dalam bencana selain kerana berteman dengan orang yang aku tidak malu kepadanya.

Kalau enkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.

Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinnya.

Brang siapa menghendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa menghendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak menghendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.

Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.

Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.

Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.

Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.

Sahabat yang bebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.

Sahabat yang celaka itu sentiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.

Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.

Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.

Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.

Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.

Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.

Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.

Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.

Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.

Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.

Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.

Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.

Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.

jom kita renungkan bersama.....

dalam hidup ini mmg byk yg kite perlu lakukan..
bahkan Hassan Al-Banna ade menyatakan bahawa "hidup kite penuh ngn kerja berbanding
waktu yg kite ade..dan mase yg kite ade tidak mencukupi untuk melakukan kerja2.."
terutamanye kerja2 dakwah..kerja dakwah amat2 sukar..pyh untuk kite menyingkirkn
nye..ttpi kerja itulah yg harus kite lakukan..knp??
ini adalah krn kite umat islam..agama islam adalah agama untuk nasihat serta
menasihati..untuk siape??untuk kite..untuk umat islam..untuk muslim..

kadang2,kite merasa kite letih bukan??tetapi ingtlah bahawa rasulullah lg amat letih
jika nk dibandingkan ngn kite yg hanye stakat letih oleh study2 kite..ade kite kisah
pasal dakwah???ade kite kisah dunia luar??? mungkin ade yg jwb "aku kisah ape?"
ye btl kite sume kisah,tp ade kite hayati penderitaan mereka??ade kite kisah umat
islam sane inginkan belajar???tp kite.........???

kite buat sambil lewa....

jalan menuju syurga itu amatlah berliku2...igt senang2 ke Allah nk bg kite ke
syurgaNYA tanpa ade dugaan serta cabaran???

take a 5 minutes 2 think...

Aku ade ramai kawan2 dalam hidupku...

emmm...Bila seronok, aku cari kawan2 aku..

Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....kawan2 aku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....kawan2 aku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....kawan2 aku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine day....aku sambut ngn kawan2
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat kawan2 aku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon kawan2
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk kawan2 aku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

emm..ape yang dah aku lakukan untuk menyenangkan hati ibu aku??nothing!!
sekarang mmg kite xkn rase..tp pabila tlh tiade barulah kite nk panggil2..meraung2

maksud BYE????.......

selama ini kite pandai sebut BYE tanpa mengetahui apakah maksud disebalik itu... "BYE"... SubhanAllah!!! Perkataan "BYE" adalah merupakan jarum sulit org Kristian... Di dlm bahasa Arab b'maksud "fihafzil baba ". Manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di Bawah Naungan Pope(paderi). Jadi foward dan sebarkan kepada semua shbt2 anda. Semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org Islam yang lain. Wassalam di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. kalau ada saudara kita terminum 'Holy Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu! . Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.insyaAllah. tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang tercinta...insyaallah... forwardkan mesej ini..""